Tengku: Sekolah Baru, Suasana Baru.

Menumpang di apartment Hafiz sehari sebelum sekolah bermula.

Salam semua!

Tengku di sini. Kini saya sudah mula menuntut di sekolah baru. Saya hanya ingin kongsi beberapa gambar yang saya petik di suasana yang baru. Siapa boleh teka saya bersekolah di mana sekarang?? Hehe.

IMG_6408

Bersama Arif yang telah mengunjung sekolah baru saya minggu lepas.

IMG_6319 IMG_6346 IMG_6358 IMG_6433 IMG_6434 IMG_6436 IMG_6440 IMG_6442 IMG_6452 IMG_6463 IMG_6468

Kalau ingin lihat lebih banyak gambar dari saya, boleh follow Instagram saya, @meyouseek!

Lagu Original Tulisan Tengku

Salam semua!

Saya hanya ingin berkongsi lagu ini yang saya pernah reka dan rakam 2 tahun dahulu, untuk suka-suka sahaja. Lagunya berjudul Jatuh, mengetengahkan lumrah kita sebagai manusia yang sering berhadapan dengan kegagalan. Jadi niat saya menulis lagu ini adalah untuk mengingatkan (diri sendiri terutama sekali) tentang pentingnya untuk kita bangkit selepas terjatuh, belajar daripada kesilapan dan teruskan perjuangan.

Alhamdulillah, rakan-rakan yang mendengar ada yang kata lagu ini memberi mereka motivasi sewaktu mereka rasa down. Baguslah kalau ada manfaatnya. 🙂

Genre lagu ini pun ada berbeza sedikit. Ada pengaruh hiphop sedikit muzik latarnya dan ada juga menggunakan effect auto-tune untuk menjadikan suara robotik (saya minat sangat dengan effect ini. haha.). Dengarkanlah kalau sudi! Boleh kongsi juga pendapat anda dengan saya. Mana tahu boleh menjadi motivasi untuk saya mengarang lebih!

PS: Jika anda inginkan lagu ini, berikan e-mail anda dan saya akan hantarkan mp3nya.